|
(2) Tiada apa-apa jua
dalam subseksyen (1) boleh mencegah pelanggan daripada mendapatkan ganti rugi
atau relif lain daripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen dalam hal pembatalan
salah.
56. (1) Dengan
serta-merta atas pembatalan sesuatu perakuan oleh suatu pihak berkuasa
pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan
suatu notis yang ditandatangani mengenai pembatalan itu dalam repositori yang
dinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis pembatalan.
(2) Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa
pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai
pembatalan itu dalam semua repositori itu.
(3) Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau
enggan menerima penyiaran, atau jika tiada lagi wujud atau enggan menerima
penyiaran, atau jika tiada repositori itu diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak
berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu
repositori diiktiraf.
57. Jika pelanggan telah meminta
pembatalan perakuan, pelanggan itu terhenti memperakui sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Bab 3 dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan lanjut untuk
menyimpan kunci persendirian dengan selamat sebagaimana yang dikehendaki di
bawah seksyen 43 ------
(a) apabila notis mengenai pembatalan itu disiarkan
sebagaimana yang
dikehendaki di bawah seksyen 56; atau
(b) setelah dua hari perniagaan telah berlalu selepas
pelanggan itu
meminta pembatalan itu secara bertulis, mengemukakan kepada
pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan maklumat
yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan
permintaan itu, dan membayar apa-apa fee yang ditetapkan,
mengikut
mana-mana yang berlaku dahulu.
|