Pembatalan atas permintaan.

Undang-Undang Malaysia

BAB 6

Pembatalan perakuan


53.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya tetapi yang bukan suatu perakuan transaksi -----

                 (a)   apabila penerima permintaan untuk membatalkan daripada 
                         pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu; dan

                 (b)   apabila mengesahkan bahawa orang yang meminta pembatalan 
                         ialah pelanggan itu atau ialah agen pelanggan itu yang mempunyai 
                         kuasa untuk meminta pembatalan itu.

         (2)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengesahkan sesuatu permintaan untuk pembatalan dan membatalkan perakuan dalam satu hari perniagaan selepas menerima kedua-dua permintaan bertulis pelanggan dan keterangan yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan identiti orang yang meminta pembatalan itu atau agen  itu.



Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan.

               
54.   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya ---- 

         (a)   apabila menerima suatu salinan terperaku sijil kematian pelanggan itu 
                 atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu 
                 telah mati; atau





Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai.

         (b)   apabila diserahkan dokumen yang melaksanakan pembubaran 
                 pelanggan atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa 
                 pelanggan itu telah dibubarkan atau tidak lagi wujud.


55.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh membatalkan satu atau lebih perakaun yang dikeluarkan olehnya jika perakuan itu adalah atau menjadi tidak boleh dipercayai tidak kira sama ada pelanggan bersetuju kepada pembatalan itu dan walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak antara pelanggan itu dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu.   


mukasurat 45