49.   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menamatkan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan ------

         (a)   jika pelanggan yang dinamakan dalam perakuan yang digantung meminta penamatan penggantungan itu, hanya jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengesahkan bahawa orang yang meminta penggantungan ialah pelanggan itu atau agen pelanggan itu yang diberikuasa menamatkan penggantungan itu; atau

         (b)   jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mendapati dan mengesahkan bahawa permintaan bagi penggantungan itu telah dibuat tanpa kuasa daripada pelanggan itu.


50.   (1)   Suatu kontrak antara pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghadkan atau menghalang penggantungan atas permintaan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau boleh memperuntukkan selainnya bagi penamatan suatu penggantungan atas permintaan.

        (2)   Jika kontrak itu menghadkan atau menghalang penggantungan oleh Pengawal atau mahkamah apabila pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan tidak ada, had atau halangan itu hendaklah berkuatkuasa hanya jika notis mengenainya disiarkan dalam perakuan.


51.   Tiada seorang pun boleh dengan disedari atau dengan sengaja membuat salah nyata kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengenai identiti atau kuasanya apabila meminta penggantungan sesuatu perakuan.



52.   Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh melepaskan pelanggan daripada kewajipan di bawah seksyen 43 untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat semasa perakuan digantung.

 

Penamatan penggantungan yang dimulakan dengan permintaan.

 

 

 

 

 

Prosedur kontraktual silih ganti.

 

 

 

 

 


Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagi penggantungan perakuan.

Kesan penggantungan perakuan.

 

          

mukasurat 44