Notis penggantungan.






  
        (2)   Pengawal atau mahkamah boleh mengkehendaki orang yang meminta penggantungan mengadakan keterangan, termasuk suatu pernyataan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar berkenaan dengan identiti dan kuasanya, serta tidak adanya pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan, dan boleh enggan menggantung perakuan itu megikut budi bicara.

        (3)   Pengawal atau agensi penguatkuasaan undang-undang lain boleh menyiasat penggantungan oleh Pengawal atau mahkamah bagi kemungkinan kesalahan oleh orang yang meminta penggantungan. 


48.   (1)   Dengan seta-merta selepas penggantungan sesuatu perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam repositori yang dinyatakan dalam perakuan itu dalam perakuan itu bagi penyiaran notis penggantungan.

        (2)   Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam semua repositori.

        (3)   Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori sedemikian diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositori diiktiraf.

        (4)   Jika suatu perakuan digantung oleh Pengawal atau mahkamah, Pengawal atau mahkamah hendaklah memberikan notis sebagaimana yang dikehendakim dalam seksyen ini bagi pihak berkuasa pemerakuanberlesen dengan syarat bahawa orang yang meminta penggantungan membayar terdahulu apa-apa fee yang ditetapkan yang dikehendaki oleh repositori untuk menyiarkan notis penggantungan itu.  

          

mukasurat 43