Tandatangan Digital 

BAB 5

         Penggantungan perakuan      


46.   (1)   Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan bersetuju selainnya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan suatu perakuan, yang bukannya suatu perakuan transaksi, hendaklah menggantung perakuan itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat puluh lapan jam ------

                 (a)   apabila diminta oleh seseorang yang mengenal pasti dirinya 
                         sebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, atau 
                         sebagai seorang yang berada dalam kedudukan yang 
                         berkemungkinan mengetahui mengenai kompromi 
                         keselamatan kunci persendirian pelanggan, seperti agen, 
                         rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat 
                         pelanggan itu; atau

                 (b)   atas perintah Pengawal di bawah seksyen 33.

         (2)   Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah mengambil langkah munasabah untuk memeriksa identiti atau peragenan orang yang meminta penggantungan.


47.   (1)   Melainkan jika perakuan itu memperuntukkan selainnya atau perakuan itu ialah suatu perakuan transaksi, Pengawal atau mahkamah boleh menggantung perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu tempoh selama empat puluh lapan jam; jika -----

                 (a)   seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelanggan 
                         yang dinamakan dalam perakuan itu atau sebagai agen, rakan 
                         perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat 
                         pelanggan meminta penggantungan; dan

                (b)   peminta membuat representasi bahawa pihak berkuasa 
                        pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itu tidak 
                        ada.         

 

 

 




Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan.

 

 

 

 

 

 

 

 





Penggantungan perakuan oleh Pengawal atau mahkamah.

          

mukasurat 42