Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan.
|
(3) Tanggung rugi
yang diperuntukkan dalam seksyen ini tidak boleh ditolak atau dihadkan skopnya
secara kontraktual.
42. Dalam memperoleh maklumat
mengenai pelanggan yang material kepada pengeluaran sesuatu perakuan, pihak
berkuasa pemerakuan berlesen boleh mengkehendaki pelanggan itu memperakui
ketepatan maklumat yang relevan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar.
|
|
|
Kewajipan pelanggan untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat.
|
BAB 4
Kawalan ke atas kunci
persendirian
43. Dengan menerima sesuatu
perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan
yang dinamakan dalam perakuan itu menerima kewajipan untuk menjalankan jagaan
yang munasabah untuk mengekalkan kawalan ke atas kunci persendirian dan mencegah
pendedahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberikuasa untuk menghasilkan
tandatangan digital pelanggan itu.
|
|
|
Harta dalam kunci persendirian.
|
44. Suatu kunci persendirian
merupakan harta persendirian pelanggan yang memegangnnya secara sah.
|
|
|
|
Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah
menjadi fidusiari jika memegang kunci persendirian pelanggan.
|
45. Jika suatu pihak berkuasa
pemerakuan berlesen memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci
awam yang disenaraikan dalam perakuan yang dikeluarkannya, pihak berkuasa
pemerakuan berlesen itu hendaklah memegang kunci persendirian itu sebagai
fidusiari pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, dan boleh menggunakan
kunci persendirian itu hanya dengan kebenaran bertulis terdahulu pelanggan itu,
melainkan jika pelanggan itu secara nyata dan bertulis memberikan kunci
persendirian itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu memegang kunci
persendirian itu mengikut terma lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|