(b)   mempunyai kuasa untuk menandatangani secara digital bagi pihak 
                 prinsipal itu, dan, jika kuasa itu terhad dalam apa-apa cara, 
                 perlindungan yang mencukupi wujud untuk mencegah sesuatu 
                 tandatangan digital melebihi batasan kuasa orang itu.


40.   Tiada seorang pun boleh menolak atau menghadkan secara kontraktual pemakaian Bab ini, mahupun memperoleh tanggung rugi bagi kuatkuasanya, jika penolakan, batasan atau tanggung rugi itu menyekat liabiliti bagi salah nyata terhadap orang yang dengan munasabahnya bergantung pada perakuan itu.


41.   (1)   Dengan menerima sesuatu perakuan, seseorang pelanggan mengakujanji untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengeluaran atau penyiaran perakuan itu dengan bergantung pada ----

                (a)   suatu representasi fakta yang palsu dan material oleh 
                        pelanggan itu; atau

                (b)   kegagalan pelanggan untuk menzahirkan suatu fakta material,

jika representasi atau kegagalan untuk menzahirkan itu dibuat sama ada dengan niat untuk memperdaya pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau seorang yang bergantung pada perakuan itu, atau dengan kecuaian.

        (2)   Jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengeluarkan perakuan itu atas permintaan satu atau lebih agen pelanggan itu, agen atau agen-agen itu mengakujanji sendiri untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah seksyen ini, seolah-olah mereka ialah pelanggan yang menerima dalam hak mereka sendiri.

 

 

 

 


Penolakan atau tanggung rugi terhad.

 



Penanggungan pihak berkuasa pemerakuan berlesen oleh pelanggan.

          

mukasurat 40