Representasi atas penyiaran.

37.   Dengan menyiarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada repositori yang dalamnya perakuan itu disiarkan dan kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkan perakuan itu kepada pelanggan.




Representasi tersirat oleh pelanggan.


BAB 3 

Representasi dan kewajipan atas penerimaan perakuan


38.   Dengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa ----

 








Representsi oleh agen pelanggan.

         (a)   pelanggan itu memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan 
                 kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu secara sah;

         (b)   segala representasi yang dibuat oleh pelanggan itu kepada pihak 
                 berkuasa pemerakuan berlesen dan yang material kepada maklumat 
                 yang disenaraikan dalam perakuan itu adalah benar; dan

         (c)   segala representasi material yang dibuat oleh pelanggan itu kepada 
                 pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau yang dibuat dalam 
                 perakuan itu dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan 
                 berlesen itu dalam mengeluarkan perakuan itu adalah benar.


39.   Dengan meminta bagi pihak seorang prinsipal bagi pengeluaran suatu perakuan yang menamakan prinsipal itu sebagai pelanggan, orang yang meminta itu memperakui dalam hak orang itu sendiri kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa orang yang meminta itu ----

        (a)   memegang segala kuasa yang dikehendaki di sisi undang-undang 
                untuk memohon bagi pengeluaran suatu perakuan yang menamakan 
                prinsipal itu sebagai pelanggan; dan

          

mukasurat 39