yang perlu untuk membolehkan penyiasatan dijalankan untuk mengesahkan alasan bagi suatu pembatalan di bawah subseksyen (1).

       (3)   Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu pelanggan itu mengenai pembatalan atau penggantungan di bawah seksyen ini.

 

Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah.

33.   (1)   Pengawal boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya jika Pengawal menentukan bahawa ----






















Waranti kepada pelanggan.

                (a)   perakuan itu telah dikeluarkan tanpa mematuhi seksyen 29 dan 30; 
                        dan

                (b)   ketakpatuhan itu menimbulkan risiko nyata kepada orang yang 
                        dengan musabahnya bergantung pada perakuan itu.

         (2)   Sebelum membuat sesuatu penentuan di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu peluang yang munasabah untuk didengar.

        (3)   Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika pada pendapat pengawal wujud sesuatu darurat yang mengkehendaki remedi serta-merta, Pengawal boleh, setelah berunding dengan Menteri, menggantung sesuatu perakuan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat pulhu lapan jam.


BAB 2

Waranti dan obligasi pihak berkuasa pemerakuan berlesen 


34.   (1)   Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen mewarantikan kepada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu bahawa -----

                (a)   perakuan itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang pihak 
                       berkuasa pemerakuan berlesen itu tahu adalah palsu;  

          

mukasurat 37