|
(vi) kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuan itu
boleh digunakan untuk mengesahbetulkan tandatangan
digital yang ditambah oleh kunci persendirian yang
dipegang oleh pelanggan prospektif itu.
(2) Kehendak subseksyen (1) tidak boleh diketepikan atau ditolak
oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan atau kedua-duanya.
30. (1) Jika
pelanggan menerima perakuan yang dikeluarkan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen
hendaklah menyiarkan suatu salinan perakuan itu yang ditandatangani dalam suatu
repositori diiktiraf, sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkuasa
pemerakuan berlesen dan pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, melainkan
jika suatu kontrak antara pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu
memperuntukkan selainnya.
(2) Jika pelanggan tidak menerima perakuan itu, pihak berkuasa
pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkannya, atau hendaklah membatalkan
penyiarannya jika perakaun itu telah pun disiarkan.
31. Tiada apa-apa jua dalan
seksyen 29 dan 30 boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada
mematuhi standard, pernyataan amalan pemerakuan, pelan keselamatan atau kehendak
kontraktual yang lebih ketat daripada, tetapi namun begitu konsisten dengan,
Akta ini.
32. (1) Jika setelah
mengeluarkan sesuatu perakuan pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengesahkan
bahawa ia tidak dikeluarkan mengikut seksyen 29 dan 30, pihak berkuasa
pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta membatalkannya.
(2) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menggantung
sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya bagi suatu tempoh munasabah yang
tidak melebihi empat puluh lapan jam sebagaimana
|