(b)   nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankan perniagaan itu 
                dan alamat di mana perniagaan itu dijalankan; dan

        (c)   apa-apa butiran lain yang berhubungan dengan mana-mana 
                perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yang difikirkan perlu 
                oleh Pengawal. 


BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN DAN PELANGGAN

BAB 1

Kehendak am bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen


27.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai ------

                (a)   untuk mengeluarkan, menggantung atau membatalkan perakuan;

                (b)   untuk menyiarkan atau memberikan notis mengenai 
                        pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan; dan

                (c)   untuk menghasilkan kunci persendirian, sama ada bagi dirinya 
                        atau bagi pelanggan.

        (2)   Seorang pelanggan hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai untuk menghasilkan kunci persendirian.


28.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila suatu pertanyaan dibuat kepadanya di bawah Akta ini, menzahirkan apa-apa pernyataan amalan pemerakuan material dan apa-apa fakta yang material kepada sama ada kebolehpercayaan sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya atau kemampuannya melaksanakan perkhidmatannya.  
























Penggunaan sistem boleh dipercayai.

 

 

 

 

 




Penzahiran atas pertanyaan.

          

mukasurat 33