Kehendak untuk mempamerkan lesen.


23.   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudah dilihat di tempat pernigaannya. 

 

 


Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan.


24.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengemukakan kepada Pengawal apa-apa maklumat dan butir-butir termasuk pernyataan kewangan, kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian teraudit yang berhubungan dengan keseluruhan kendalian perniagaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengawal dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.


 

 

 


Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat.

         (2)   Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.


25.   (1)   Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran pengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepada pengawal butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan, perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu.     

         (2)   Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pengawal mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Pengawal berkaitan dengan lesen itu. 

Kehendak tentang pengiklanan.


26.   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkan, sama ada dalam akhbar, risalah atau selainnya, apa-apa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan perniagaan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan tanpa memasukkan -----

        (a)   nombor lesen; 

          

mukasurat 32