(ii)   hayat agregat semua perakuan yang dikeluarkan oleh pihak 
                              berkuasa pemerakuan berlesen itu sepanjang tahun yang lalu 
                              itu adalah kurang daripada tiga puluh hari dan jumlah had 
                              pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan itu tidak 
                              melebihi dua puluh lima ribu ringgit;

                      (iii)   had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan 
                              yang belum selesai dan yang dikeluarkan oleh pihak 
                              berkuasa pemerakuan berlesen itu berjumlah kurang 
                              daripada dua ribu lima ratus ringgit.

     (2)   Jika pengisytiharan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah perenggan (1)(c) menyatakan dengan palsu suatu fakta material, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah disifatkan sebagai tidak mematuhi kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20.

     (3)   Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dikecualikan di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan suatu pernyataan bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu adalah dikecualikan daripada kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20.


BAHAGIAN III

KEHENDAK KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN BERLESEN   


22.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam lesennya.

        (2)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjalankan aktivitinya mengikut Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen.

          

mukasurat 31