(4)   Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Pengawal boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen (1) tidak dipatuhi.


18.   (1)   Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen telah hilang lesennya, ia hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengawal secara bertulis mengenai kehilangan itu.

         (2)   Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu permohonan untuk lesen gantian dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengawal bersama dengan fee yang ditetapkan.         







Lesen hilang.


19.    (1)   Pengawal boleh mengiktiraf, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberikuasa selainnya oleh entiti kerajaan di luar Malaysia yang memuaskan kehendak yang ditetapkan.

          (2)   Jika suatu lesen atau pemberikuasaan lain daripada sesuatu entiti Kerajaan diiktiraf di bawah subseksyen (1), ------

                  (a)   had pergantungan yang disyorkan, jika ada, yang dinyatakan 
                         dalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa 
                         pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberikuasa selainnya 
                         oleh entiti Kerajaan itu hendaklah berkuatkuasa mengikut cara 
                         yang sama seperti had pergantungan yang disyorkan yang 
                         dinyatakan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak 
                         berkuasa pemerakuan berlesen Malaysia; dan

                  (b)   Bahagian V hendaklah terpakai bagi perakuan yang 
                          dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan 
                          atau yang diberikuasa selainnya oleh entiti kerajaan itu 
                          mengikut cara yang sama seperti ia terpakai bagi perakuan 
                          yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan 
                          berlesen Malaysia.  


Pengiktirafan lesen lain.
 

mukasurat 29