|
Sekatan ke atas penggunaan ungkapan "pihak berkuasa pemerakuan"
|
|
|||
| Pembaharuan lesen. |
|
|||
|
permohonan kepada Pengawal dalam borang yang ditetapkan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnya tiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelum tarikh habisnya tempoh lesen itu dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengawal. (2) Fee yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan. (3) Jika mana-mana pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak mempunyai niat untuk memperbaharui lesennya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habisnya tempoh lesen itu, menyiarkan niat itu dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan mengiklankan niat itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. |
||||
mukasurat 28