|
|
(7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik daripada menkehendaki pelanggan itu mematuhi kehendaknya berhubungan dengan pengeluaran perakuan atau daripada mengeluarkan suatu perakuan baru kepada pelanggan itu bagi tempoh yang belum habis perakuan asal dengan syarat bahawa apa-apa fee atau caj tambahan yang hendak dikenakan hendaklah hanya dikenakan dengan kebenaran bertulis terdahulu Pengawal. (8) Jika Pengawal telah melantik suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk mengambil alih perakuan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan di bawah subseksyen (6), pihak berkuasa pemerakuan itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik itu apa-apa bahagian fee yang ditetapkan yang dibayar oleh pelanggan kepadanya sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal.
(2) Bahagian V tidak terpakai berhubungan dengan sesuatu tandatangan digital yang tidak dapat disahbetulkan oleh suatu perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen. (3) Dalam mana-mana hal lain, melainkan jika pihak-pihak itu memperuntukkan selainnya secara nyata melalui kontrak antara mereka sendiri, kehendak pelesenan di bawah Akta ini tidak menyentuh keberkesanan, kuatkuasa atau kesahan mana-mana tandatangan digital. |
|||
mukasurat 26