|
(2) Walau apapun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor Pengawal, membenarkan secara bertulis pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya selama suatu jangka masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal-ehwalnya. (3) Walau apapun subseksyen (1), suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang lesennya telah habis tempoh adalah berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesennya tidak habisnya tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Pengawal bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen itu dan bahawa permohonan itu sedang menunggu penentuan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (5) Tanpa menjejaskan kuasa Pengawal di bawah seksyen 33, pembatalan lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 11 atau habisnya tempohnya tidak boleh menyentuh kesahan atau kesan mana-mana perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berkenaan sebelum pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh itu. |
Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen. |
|||
mukasurat 25