itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.

       (3)   Jika Pengawal memutuskan untuk membatalkan lesen itu, hendaklah dengan serta merta memberitahu pihak berkuasa pemerakuan berkenaa   n secara bertulis mengenai keputusannya itu. 

       (4)   Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuatkuasa -----

               (a)   jika tiada rayuan dibuat terhadap pembatalan itu, apabila habisnya 
                      tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu 
                      disampaikan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu; atau

              (b)   jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu 
                     disahkan oleh Menteri.

      (5)   Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap pembatalan sesuatu lesen, pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkan sedemikian tidak boleh mengeluarkan apa-apa perakuan sehinggalah rayuan itu dibereskan dan pembatalan itu telah diketepikan oleh Menteri tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mencegah pihak berkuasa pemerakuan itu daripada memenuhi obligasinya yang lain kepada pelanggannya dalam tempoh itu.

     (6)   Seseorang yang melanggar subseksyen (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

     (7)   Jika pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuatkuasa, Pengawal hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyebabkan supaya pembatalan itu disiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.    

 

mukasurat 23