(3)   Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutannya yang diberikan oleh Pengawal, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru dibuat oleh pemohon. 


8.   (1)   Pengawal hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 7 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika berpuas hati bahawa permohonan itu ialah suatu pihak berkuasa pemerakuan yang layak dan pemegang lesen yang sesuai, dan apabila dibayar fee yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.


Pemberian atau keengganan memberi lesen.

      (2)   Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendahlak menyatakan jangkamasa lesen dan nombor lesen.

      (3)   Terma dan syarat yang dikenakan di bawah lesen boleh diubah atau dipinda oleh Pengawal pada bila-bila masa dengan syarat bahawa pemegang lesen diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

     (4)   Jika Pengawal enggan memberikan lesen, hendaklah dengan serta merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.    


9.   (1)   Pengawal boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 8 jika berpuas hati bahawa -----


Pembatalan lesen.

              (a)   pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mematuhi mana-
                      mana obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah 
                      Akta ini;

              (b)   pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah melanggar mana-
                      mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana 
                      peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, 
                      tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu 
                      kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian;

 

mukasurat 21