|
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah atau meminda kehendak kelayakan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa apa-apa perubahan atau pindaan sedemikian tidak boleh terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang memegang lesen sah di bawah Akta ini sehingga lesen itu habisnya tempoh. |
|
|||
| Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen. |
|
|||
Akta 115. |
(2) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum mengeluarkan mana-mana perakuan di bawah Akta ini, mengambil segala langkah munasabah untuk memeriksa bagi pengenalpastian sewajarnya pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan. (3) Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila mana-mana perakuan dikeluarkan di bawah Akta ini, menyebabkan supaya pemohonan bagi perakuan itu diperakui oleh notari awam yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta Notari Awam 1959. |
|||
Permohonan bagi mendapatkan lesen. |
|
|||
|
(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pengawal boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, mengkehendaki pemohon memberi apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pengawal bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu. |
||||
mukasurat 20