|
(3) Menteri boleh, apabila dibuat suatu permohonan secara bertulis mengikut Akta ini, mengecualikan ---------
(a) seseorang yang beroperasi sebagai pihak berkuasa
pemerakuan
(b) mana-mana orang atau golongan orang lain yang
difikirkan patut daripada kehendak seksyen ini. (4) Menteri boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada Pengawal dan kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Pengawal atas nama dan bagi pihak Menteri. (5) Perwakilan di bawah subseksyen (4) tidaklah menghalang Menteri sendiri daripada menjalankan kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa. (6) Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan dan Bahagian V tidak terpakai berhubungan dengan tandatangan digital yang disahbetulkan oleh perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan.
|
|
|||
mukasurat 19