Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan. |
SURUHANJAYA
DAN PELESENAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran, penguatkuasaan, perjalanan dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dan hendaklah menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta ini bagi maksud mengawasi dan menyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan. (2) Suruhanjaya dan pekerjanya hendaklah menjalankan kuasanya di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa arahan tentang dasar am dan perintah yang diberikan atau dibuat oleh Menteri. (3) Pengawal hendaklah menyenggarakan suatu pangkalan data boleh capai awam yang mengandungi rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan bagi setiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang hendaklah mengandungi segala butir-butir yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Pengawal hendaklah menyiarkan kandungan pangkalan data itu dalam sekurang-kurangnya satu repositori diiktiraf.
|
|
||
mukasurat 18