Pelantikan Pengawal. |
BAHAGIAN II SURUHANJAYA DAN PELESENAN PIHAK BERKUASA PEMERAKUAN 3. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai Pengawal Pihak Berkuasa Pemerakuan bagi maksud Akta ini, khususnya bagi maksud mengawasi dan menyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan. |
|||
Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan. |
(2) Pengawal hendaklah menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini. (3) Pengawal boleh, setelah berunding dengan Menteri, melantik sekian bilangan pegawai dan pengkhidmat yang difikirkan perlu oleh pengawal untuk menjalankan dan melaksanakan segala atau mana-mana kuasa dan kewajipan Pengawal di bawah Akta ini kecuali kuasa yang diwakilkan kepada Pangawal di bawah subseksyen 4(4). (4) Suruhanjaya dan pekerjanya hendaklah menjalankan kuasanya di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa arahan tentang dasar am dan perintah tang diberikan atau dibuat oleh Menteri. (5) Pengawal hendaklah menyenggarakan suatu pangkalan data boleh capai awam yang mengandungi rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan bagi setiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang hendaklah mengandungi segala butir-butir yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (6) Pengawal hendaklah menyiarkan kandungan pangkalan data itu dalam sekurang-kurangnya satu repositori diiktiraf.
|
|||
mukasurat 17