|
"perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf" ertinya sesuatu perkhidmatan penanda tarikh/masa yang diiktiraf oleh Pengawal di bawah seksyen 70; "pernyataan amalan pemerakuan" ertinya suatu perisytiharan amalan yang digunakan oleh sesuatu pihak berkuasa pemerakuan dalam mengeluarkan perakuan secara am, atau yang telah digunakan dalam mengeluarkan suatu perakuan tertentu; "pihak berkuasa pemerakuan" ertinya seseorang yang mengeluarkan perakuan; "pihak berkuasa pemerakuan berlesen" ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkan oleh Pengawal dan yang lesennya sedang berkuatkuasa; "pihak berkuasa pemerakuan yang layak" ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang memenuhi kehendak di bawah seksyen 5; "rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan" ertinya suatu rekod dalam talian dan yang boleh capai awam yang berkenaan dengan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang disimpan oleh Pegawal di bawah subsekyen 3(5); "repositori" ertinya suatu sistem untuk menstor dan mendapat semula perakuan dan maklumat lain yang relevan kepada tandatangan digital; "repositori diiktiraf" ertinya sesuatu repositori yang diiktiraf oleh Pengawal di bawah seksyen 68; |
|
|||
mukasurat 14