|
"menggabungkan secara rujukan" ertinya untuk menjadikan satu mesej sebahagian daripada suatu mesej yang lain dengan mengenal pasti mesej yang hendak digabungkan dan menyatakan niat bahawa ia digabungkan: "menggantung perakuan" ertinya untuk menjadikan sesuatu perakuan tak berkesan untuk sementara bagi suatu masa yang dinyatakan ke hadapan; "menyiarkan" ertinya untuk merekodkan atau memfailkan dalam suatu repositori; "mesej" ertinya suatu pernyataan digital maklumat; "orang" ertinya orang sebenar atau kumpulan orang, yang diperbadankan atau tak diperbadankan, yang berkebolehan menandatangani suatu dokumen, sama ada di sisi undang-undang atau sebagai perkara fakta; "pasangan kunci" ertinya kunci persendirian dan kunci awam yang berpadanan dengannya dalam suatu sistem kripto tak simetri, yang kunci awam itu boleh mengesahbetulkan suatu tandatangan digital yang dihasilkan oleh kunci persendirian itu; "pegawai diberikuasa" ertinya seseorang pegawai yang diberkuasa di bawah seksyen 75; "pelanggan" ertinya seseorang yang ------ (a) merupakan subjek yang disenaraikan dalam sesuatu perakuan; (b) menerima perakuan itu; dan
(c) memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan
kunci |
|
|||
mukasurat 12