top1.gif (3251 bytes)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1982

Tuan,

PERATURAN MENAMATKAN PERKHIDMATAN ATAS SEBAB KESIHATAN

1.   Tujuan

1.1.   Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk memberi penjelasan dan panduan kepada Ketua Jabatan mengenai penamatan perkhidmatan seseorang pegawai yang dihadapkan ke Lembaga Perubatan.

2.    Kuasa untuk Menyarakan

2.1    Menurut Seksyen 10 (5) (a) Akta Pencen, 1980 seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam boleh disarakan dari perkhidmatan jika pihak yang berkuasa berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya atas sebab-sebab kesihatan. Pada menjalankan kuasa itu pihak berkuasa akan menimbangkan syor Lembaga Perubatan.

2.2    Kuasa di bawah seksyen tersebut hanya akan digunakan bagi seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah disahkan dalam jawatannya. Jika pegawai yang didapati tidak sihat masih dalam percubaan maka Ketua Jabatannya hendaklah mengambil tindakan bagi menamatkan perkhidmatan pegawai itu menurut Perintah-perintah Am Bab "A"

3.    Penubuhan Lembaga Perubatan

3.1    Prosidur untuk menubuhkan sebuah Lembaga Perubatan bagi maksud memeriksa seseorang pegawai yang tidak sihat adalah diterangkan di Perintah-perintah Am Bab "F".

3.2    Lembaga Perubatan boleh diadakan semasa berlaku salah satu keadaan yang berikut:

(a)

apabila seseorang pegawai telah menghabiskan semua cuti sakit biasanya dan masih tidak sihat;

(b)

seorang pegawai perubatan telah memperakukan sedemikian;

(c)

apabila seorang pegawai telah mengambil cuti sebanyak 45 hari atau lebih pada tiap-tiap tahun selama 3 tahun yang berturut-turut;

(d)

apabila kesihatan badan atau kesiuman otak pegawai diragukan;


mukasurat 1