5hb. September, 1977.

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 21 TAHUN 1977

Elaun Lebihmasa

           Saya adalah diarah menarik perhatian tuan terhadap peruntukan dalarn Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977, perenggan 9 dalam Lampiran 'D' di mana bayaran lebihmasa telah ditetapkan supaya tidak melebihi 1/3 daripada sebulan gaji seseorang pekerja yang berkelayakan menuntut elaun tersebut. Jabatan ini telah menerima banyak sungutan daripada Kementerian/Jabatan yang menyatakan bahawa dengan adanya sekatan seperti yang tersebut di atas, maka pekerja-pekerja yang terlibat enggan membuat kerja-kerja lebihmasa apabila melebihi had yang ditetapkan itu.

2.        Jabatan ini telah menimbangkan dan seterusnya memutuskan bahawa pekerja-pekerja yang berkenaan bolehlah diberi Elaun Lebihmasa yang jumlahnya melebihi 1/3 daripada gaji bulanan, sekiranya menepati syarat-syarat berikut:-

(a)

semua pekerja yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama telah menjalankan lebihmasa yang melibatkan perlangkauan had 1/3 daripada gaji bersih bulanan;

(b) pekerja yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebihmasa telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat;
(c) sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada panduan di (a) dan (b);
(d) tuntutan hendaklah dipersijilkan oleh pegawai Tingkatan Tertinggi dalam Kumpulan A.
Sekian.

 

Saya yang menurut perintah,

 

(BAHARUDDIN BIN ABDUL MULUK)
Bahagian Gaji,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

 

Ketua Setiausaha Negara,
Jabatan Perdana, Menteri,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.

 


mukasurat 1