9hb. Mei, 1977
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1977
Perletakan jawatan dari Perkhidmatan
Kerajaan
Saya diarah menarik perhatian kepada peraturan 61 (a), Perintah Am Bab 'A', mengenai perletakan jawatan oleh pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan dan menjelaskan cara perletakan jawatan itu dilaksanakan.
2. Mengikut peraturan 61(a) Perintah Am Bab 'A' seseorang pegawai yang hendak meletakkan jawatannya hendaklah terlebih dahulu memberi notis berhenti kerja seperti berikut:-
| (i) | Pegawai-pegawai yang telah disahkan dalam jawatan ...................................................................................................................... tiga bulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis; | |
| (ii) | Pegawai-pegawai dalam percubaan atau pegawai-pegawai sementara ......................................................................................sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pengganti notis; | |
| (iii) | Pegawai-pegawai kontrek ............................................................................................................................................mengikut syarat-syarat dalam kontrek. |
Notis meletakkan jawatan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan yang akan memanjangkannya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk keputusan.
3.
Dalam melaksanakan perletakan jawatan berdasarkan peraturan 61(a) Perintah Am Bab 'A' itu, beberapa masalah telah timbul akibat dari permohonan oleh pegawai-pegawai yang telah memberi notis meletakkan jawatan untuk menarik balik notis ' tersebut. Notis menarik balik perletakan jawatan pada amnya dikemukakan:-| (i) | Sebelum tarikh perletakan jawatan berkuatkuasa; atau | |
| (ii) | Selepas tarikh perletakan jawatan berkuatkuasa. |
Terdapat perbezaan di antara kedua-dua cara notis tersebut dikemukakan. Dalam kes pertama, pegawai-pegawai tersebut masih lagi berkhidmat dan perkhidmatan mereka belum terputus oleh kerana penarikan balik perletakan jawatan dibuat sebelum tarikh perletakan jawatan berkuatkuasa. Dalam kes kedua, perkhidmatan mereka telah terputus oleh kerana penarikan balik perletakan jawatan dibuat selepas mereka meninggalkan jawatan. Tetapi terdapat juga pegawai-pegawai yang masih terus berkhidmat walaupun tarikh perletakan jawatan telah berkuatkuasa
mukasurat 1