Jabatan Perkhidmatan Awam, 25hb. Jun 1971. |
Tuan,
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9 TAHUN 19711
Sharat Bahasa Melayu untok lantekan ka-jawatan
Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dan Sharat
Pepereksaan Bahasa Melayu Kerajaan bagi jawatan
Kumpulan Pengurusan dan lkhtisas.
Ada-lah di-ma'alumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan ia-itu sharat lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Malaysia Certificate of Education atau lulus Bahasa Melayu di-pepereksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut, untok lantekan dan sharat lulus pepereksaan Bahasa Melayu Kerajaan untok di-sahkan dalam jawatan bagi jawatan2 Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas ada-lah di-longgarkan saperti di-huraikan di-bawah ini. Walau bagaimana pun pelonggaran yang di-maksudkan di-dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hanya-lah bagi jawatan2 Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas yang memerlukan kelulusan Ijazah (Degree) atau Diploma sebagai sharat masok.
2. Mulai dari tarikh 13 hb April, 1971 bagi jawatan2 Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas yang di-maksudkan di-atas:
(a) |
Sharat lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Malaysia Certificate of Education atau lulus Bahasa Melayu dalam pepereksaan Sijil Persekolahan Saberang Laut sebagai sharat masok ada-lah di-longgarkan. sa-saorang pemohon yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Malaysia Certificate of Education atau Iulus Bahasa Melayu dalam Pepereksaan Sijil Persekolahan Sebarang Laut boleh di-lantek dengan sharat ia akan hanya di-sahkan di-dalam jawatan sa-telah lulus Bahasa Malaysia di perengkat Pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia; |
(b) |
Sharat lulus pepereksaan Bahasa Melayu Kerajaan untok di-sahkan dalam jawatan ada-lah di-mansokh-kan. |
3. Sa-saorang pegawai:-
(i) |
yang telah di-lantek sebelum 13hb April, 1971 yang di-kehendaki lulus pepereksaan Bahasa Melayu Kerajaan untok di-sahkan di-dalam jawatan dan juga; |
(ii) |
yang telah di-lantek sabelum daripada tarikh Surat Pekeliling ini tetapi selepas daripada 12 hb. April, 1971 yang di-kehendaki lulus dalam pepereksaan Bahasa Melayu kerajaan untok di-sahkan dalam jawatan; |
1. SPP ini dibatalkan oleh SPP Bil. 16/77, bertarikh 15.7.77.
mukasurat 1