KAEDAH PELAKSANAAN PERENGGAN 94

4.         Kemudahan di bawah Perenggan 94 itu hanya melibatkan anggota tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Keadaan-keadaan yang boleh diberi kemudahan itu adalah seperti berikut:-

4.1

anggota itu berkhidmat dengan agensi swasta tertentu di mana pengalaman dan kepakaran yang diperolehinya didapati sesuai dan boleh memberi munafaat kepada perkhidmatan sektor awam  jika beliau bertugas semula dengan Kerajaan; atau

4.2

anggota profesional yang menceburi dalam pengamalan swasta dalam bidang-bidang kepakaran  tertentu.

5.         Anggota berkenaan harus mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapat kemudahan di bawah Perenggan 94 itu melalui Ketua Jabatannya. Bagi keadaan dalam perenggan 4.1, permohonan hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada agensi swasta itu. Kelulusan JPA perlu diperolehi sebelum anggota itu memberi notis meletakkan jawatan kepada majikannya. Kelulusan itu hendaklah dicatatkan ke dalam Rekod Perkhidmatan anggota berkenaan bagi mempastikan tempoh sebelum perletakan jawatan itu dicantumkan dengan perkhidmatan dalam jawatan baru yang disandangnya jika beliau bertugas semula dengan Kerajaan, untuk maksud pengiraan faedah persaraan.


6.         Kelulusan JPA adalah khusus bagi anggota itu berkhidmat dengan agensi-agensi yang dipersetujui sahaja atau mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat kelulusan itu. Sekiranya anggota itu berkhidmat dengan agensi selain daripada yang ditetapkan itu atau menceburi bidang perniagaan sendiri, tempoh sebelum perletakan jawatan itu tidak boleh dicantumkan dengan perkhidmatannya apabila kembali berkhidmat dengan Kerajaan.


mukasurat 2