
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1997
KAEDAH MENGAMBILKIRA TEMPOH PERKHIDMATAN TERPUTUS DI BAWAH
PERENGGAN 94 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 1991
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menetapkan kaedah pelaksanaan Perenggan 94 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.
LATAR BELAKANG
2. Perenggan 94 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 telah menetapkan bahawa -
"Bagi tempoh perkhidmatan yang terputus atas sebab-sebab yang diizinkan dan diselangi dengan perkhidmatan di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan, hanya tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan boleh diambilkira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan." |
3. Di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980, apa-apa tempoh perkhidmatan yang terputus kerana perletakan jawatan oleh seseorang pegawai untuk bekerja dalam sektor swasta tidak boleh dimasukira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan sekiranya beliau kemudiannya kembali berkhidmat dengan Kerajaan. Perenggan 94 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 ialah satu peruntukan baru yang membolehkan anggota-anggota yang telah menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB) atau di lantik di bawah SSB untuk mengambilkira tempoh perkhidmatan sebelum perletakan jawatan sedemikian dengan syarat bahawa perletakan jawatan itu adalah atas sebab-sebab yang diizinkan.
mukasurat 1