Rawatan Yang Tidak Dibenarkan
3.4. Kemudahan-kemudahan berikut tidak diberikan secara percuma kepada ibu bapa yang sah:
| 3.4.1. | rawatan perubatan di luar negeri; | |
| 3.4.2. | rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit; | |
| 3.4.3. | pembekalan alat-alat ortopedik dan anggota palsu; dan | |
| 3.4.4. | rawatan membuat crowning, gigi palsu dan rawatan otodontik bagi tujuan corrective measures yang merupakan rawatan kosmetik. |
Tuntutan Bayaran Yang Dibenarkan
3.5. Perbelanjaan yang bersangkutan dengan kemudahan ini boleh juga dituntut seperti berikut:
| 3.5.1. | seseorang pegawai boleh menuntut balik kos rawatan ibu bapa yang sah yang dikenakan oleh mana-mana hospital atau klinik Kerajaan pada tahun 1992. Tuntutan ini hendaklah berdasarkan resit dan hendaklah ditolak bayaran caj wad yang dikenakan kepada pegawai atas kadar kelayakannya; dan |
|
| 3.5.2. | seseorang pegawai dibenarkan menuntut bayaran balik perbelanjaan membeli ubat-ubatan berdasarkan resit mengikut peruntukan di perenggan 3.3.7 dan 3.3.8. |
mukasurat 5