3.2.2.

surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawai seperti yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1993 hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital atau klinik Kerajaan yang berkenaan semasa ibu bapa yang sah ingin mendapatkan rawatan perubatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menentukan butir-butir yang dinyatakan di dalam surat pengesahan adalah mengikut maklumat-maklumat yang tercatat di dalam Buku Perkhidmatan pegawai;

3.2.3.

kemudahan ini hanya diberi kepada ibu bapa yang sah selagi seseorang pegawai masih di dalam perkhidmatan Kerajaan;

3.2.4.

kelayakan wad adalah sama seperti kelayakan wad yang ditetapkan kepada pegawai berkenaan; dan

3.2.5.

ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan boleh memilih untuk menggunakan kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakannya sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai mengikut perbekalan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

Rawatan Yang Dibenarkan

3.3.    Rawatan percuma yang dibenarkan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti berikut:


mukasurat 3