KAEDAH PELAKSANAAN KEMUDAHAN

Tafsiran

 3.1.    Ibu bapa yang sah (legal parents) bererti ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang. Kemudahan ini dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa.

Kaedah Pelaksanaan

3.2.    Pemberian kemudahan ini adalah untuk ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

3.2.1.

seseorang pegawai hendaklah memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan maklumat peribadi ibu bapa yang sah yang layak mendapat kemudahan ini. Maklumat ini hendaklah dicatatkan di muka surat 3 dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan seperti berikut:

Nama Bapa : _______________________________________________

No. KP. : __________________________________________________

Nama Ibu : _________________________________________________

No. KP. : __________________________________________________

Sebarang perubahan terhadap maklumat ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi semula kepada Ketua Jabatan.

 


mukasurat 2