
______________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1993
______________
KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK
IBU BAPA YANG SAH
TUJUAN
1.1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai peraturan dan kaedah pelaksanaan kemudahan rawatan perubatan untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB).
LATAR BELAKANG
2.1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991, perenggan 58.6, telah menyediakan kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa yang sah seseorang pegawai yang menerima opsyen SSB dan sedang berkhidmat di dalam sektor awam. Rawatan tersebut dihadkan kepada rawatan di hospital atau klinik Kerajaan sahaja dan tidak termasuk kemudahan membekalkan alat-alat orthopedik serta anggota palsu (artificial limbs).
mukasurat 1