
________________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1992
________________
BAYARAN BALIK LETAK KERETA
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan Bayaran Balik Letak Kereta yang diperuntukkan di perenggan 52.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
LATAR BELAKANG
2. Berikutan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru mulai 1.1.1992, Kerajaan telah meluluskan Bayaran Balik Letak Kereta kepada anggota Perkhidmatan Awam yang disahkan oleh Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi. Bayaran balik letak kereta ini adalah bertujuan mengatasi masalah anggota sektor awam yang terpaksa menyewa ruang letak kereta di pejabat masing-masing.
KAEDAH DAN SYARAT PEMBAYARAN
3. Syarat-syarat bagi anggota yang layak membuat tuntutan adalah seperti berikut:
3.1 |
disahkan oleh Ketua Jabatan bahawa anggota perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi; |
|
| 3.2 | menyewa petak letak kereta yang terletak di perkitaran pejabat dan disewa secara bulanan; | |
| 3.3 | tuntutan dibuat melalui tuntutan perjalanan bulanan pegawai; |
|
| 3.4 | Bayaran Balik Letak Kereta adalah berdasarkan resit; dan |
|
| 3.5 | had maksimum tuntutan tidak melebihi $30.00 sebulan. |
TARIKH KUATKUASA
4. Tarikh kuatkuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini ialah 1 Januari 1992.
mukasurat 1