Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.
| Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri. |
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1990 |
PEMBAYARAN ELAUN SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN ATAU TEMUDUGA |
DI BAWAH URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL) |
1. TUJUAN
1.1 Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk memaklumkan keputusan Kerajaan membenarkan pegawai yang menghadiri peperiksaan atau temuduga bagi tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) menuntut elaun-elaun sebagaimana menjalankan tugas rasmi mengikut peruntukan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1980.
2. PERATURAN SEKARANG
2.1 Mengikut peraturan sekarang, iaitu, Perintah Am 39 (a) dan (b) Bab 'B', pegawai-pegawai yang dikehendaki atau dibenarkan mengambil peperiksaan jabatan atau yang menghadiri temuduga kenaikan pangkat dalam skim yang sama di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut elaun-elaun yang biasanya boleh dituntut semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Peruntukan ini tidak meliputi pegawai-pegawai yang menghadiri peperiksaan atau temuduga dalam urusan KPSL.
3. PERATURAN BARU
3.1 Selaras dengan pelaksanaan dasar KPSL,
Kerajaan telah menyemak semula peruntukan Perintah Am 39
(a) dan (b) Bab 'B' dan, seterusnya, telah bersetuju supaya
pegawai yang menghadiri peperiksaan atau temuduga bagi tujuan KPSL dibenarkan menuntut
elaun-elaun sebagaimana bertugas rasmi mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun
1980.
4. TARIKH KUATKUASA
4.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 1990.
5. PINDAAN KEPADA PERINTAH AM 39 (a) DAN (b) BAB 'B'
5.1 Pindaan-pindaan kepada Perintah-perintah
Am 39 (a) dan (b) Bab 'B' yang sewajarnya akan dibuat dengan
kuatkuasa kebelakangan mulai daripada tarikh kuatkuasanya Surat Pekeliling ini.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
![]()
(DATUK ZAHARI BIN ABDUL RASHID)
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia
24 September 1990
s.k.
Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.
Semua Ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.
mukasurat 1