(iii)

Permohonan hendaklah dikemukakan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan dilakukan. Permohonan yang dikemukakan selepas tempoh yang ditetapkan tidak layak dipertimbangkan dan perpindahan yang dikira bagi maksud tuntutan adalah merupakan perpindahan yang dilakukan selepas kelulusan pinjaman perumahan diperolehi.

3.3   Kerajaan juga bersetuju untuk menurunkan kuasa bagi meluluskan perpindahan di atas keadaan-keadaan yang di luar kawalan seseorang pegawai seperti diperuntukkan di perenggan 7.3 (c) (iv) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1980 kepada Pegawai Pengawal Kementerian atau Pegawai Pengawal Jabatan yang mana berkenaan. Takrif keadaa-keadaan yang di luar kawalan seseorang pegawai adalah merangkumi keadaan-keadaan seperti berikut:

(i)

Perpindahan yang dilakukan akibat daripada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, rumah runtuh dan lain-lain. Perpindahan di sini bermakna perpindahan secara tetap dan bukannya berbentuk sementara;

(ii)

Pengambilan balik tanah (tapak rumah) oleh Kerajaan atau lain-lain pihak yang telah dibenarkan oleh Kerajaan;

(iii)

Perpindahan yang dilakukan oleh pegawai akibat daripada penerimaan notis daripada tuan rumah untuk mengosongkan rumah tersebut tidak boleh diterima sebagai satu keadaan yang melayakkan pegawai menuntut Bayaran Perpindahan.

4.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

4.1   Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa kemudahan ini diberi hanya sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan pegawai berkenaan dan hendaklah dicatatkan di dalam Penyata Perkhidmatan pegawai tersebut. Sebarang keraguan di dalam melaksanakan peraturan ini hendaklah dirujukkan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.

TARIKH KUATKUASA

5.1   Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(DATO' ABDUL MALEK BIN ABDUL AZIZ)
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

Tarikh: 11 November, 1989.

 

s.k.

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.

Semua Ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.


mukasurat 2