4.    LIPUTAN   

4.1   Pegawai wanita yang menjadi isteri kepada Y.B. Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan juga pegawai kanan Kerajaan yang mengikuti kursus-kursus tersebut atau lain-lain kursus yang dianjurkan oleh pihak INTAN bolehlah juga menggunakan peraturan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

5.    TARIKH KUATKUASA

5.1   Tarikh kuatkuasa peraturan ini adalah dari tarikh Surat Pekeliling ini.

6.    TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

6.1   Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mentadbirkan peraturan ini mengikut garis panduan seperti yang disebutkan di Surat Pekeliling ini.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(WAN AWANG BIN WAN YAACOB)
Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
MALAYSIA

14hb Oktober 1985.

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian,

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

s.k.

    Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri,
    Ketua-ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun,
    Ketua-ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.

 


mukasurat 2