5.4 Pejabat-pejabat di bawah Kementerian/Jabatan yang ada menyimpan rekod perkhidmatan pegawai terlibat adalah diminta mengemukakan perakuan persaraan atas sebab kesihatan terus ke Jabatan ini dengan salinan kepada Kementerian/Jabatan. Ini akan dapat mengurangkan masa dan dapat mempercepatkan urusan kelulusan persaraan dan seterusnya pembayaran faedah persaraan.
6.
6.1
Pada masa ini ada ketikanya terdapat kelewatan dalam membuat pembayaran faedah persaraan kepada pegawai terlibat. Untuk mengatasi masalah ini pembayaran pencen sementara dibuat. Dengan itu Ketua Jabatan adalah diminta mengemukakan maklumat seperti di bawah, bersama dengan laporan Lembaga Perubatan dan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti sebanyak tiga salinan:| (i) | Pilihan sendiri di bawah perenggan 10.17 (1) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/77 atau perenggan 11.17 (1) kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/77 jika berkenaan. |
||
| (ii) | Borang Pen. 14 (3 salinan) yang telah dipenuhi maklumat pesara- |
||
| (a) | Nama seperti dalam kad pengenalan; | ||
| (b) | Bilangan kad pengenalan; dan | ||
| (c) | Alamat selepas bersara. | ||
6.2
Sementara menunggu keputusan persaraan dari Jabatan ini, pihak Ketua Jabatan bagi pegawai yang terlibat adalah dipinta menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut :| (i) | Penyata K.W.S.P./K.W.S.G./K.W.S.M. yang kemaskini jika berkenaan; | |
| (ii) | Gambar, contoh tandatangan dan cap ibu jari kiri dan kanan (3 salinan); | |
| (iii) | Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978. |
6.3
Dokumen-dokumen tersebut di perenggan 6.2 hendaklah dihantarkan ke Jabatan ini sebaik sahaja kelulusan persaraan diperolehi oleh Jabatan terlibat. Kesegeraan menghantarkan segala dokumen-dokumen tersebut adalah perlu dan ini akan dapat mempercepatkan pembayaran faedah persaraan.(DATUK HASSAN
BIN IBRAHIM)
Pengarah Bahagian Pencen,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
2hb Januari, 1982
mukasurat 3