| (e) | sambungan cuti sakit untuk seorang pegawai disyorkan kerana kecederaan semasa bertugas; | |
| (f) | apabila seorang pegawai mengidap penyakit tibi, kusta atau barah; | |
| (g) | untuk menentukan sama ada seorang pegawai memerlukan rawatan di luar negeri. |
4.1
Lembaga Perubatan apabila memeriksa seseorang pegawai akan mengemukakan laporannya dalam borang tertentu, contohnya seperti di Lampiran "C" kepada Perintah-perintah Am Bab "F".Laporan itu akan mengandungi pendapat Lembaga perubatan sama ada penyakit atau kecederaan pegawai yang diperiksa -
| (a) | akan menjadi kekal; | |
| (b) | akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan tugas yang biasa dibuatnya; | |
| (c) | akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan apa-apa tugas lain. |
4.2
Sekiranya jawapan kepada 3 (a) hingga (c) di atas adalah "ya" pegawai berkenaan adalah dianggap sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya dan jika pegawai itu telah disahkan dalam jawatannya persaraannya di atas sebab kesihatan boleh diluluskan. Jika jawapan kepada (c) sahaja "tidak" pihak berkuasa boleh juga meluluskan persaraan sekiranya Ketua Jabatan membuat perakuan bahawa pegawai yang terlibat tidak dapat diberi tugas lain.
5.
5.1
Tarikh berkuatkuasa persaraan atas sebab kesihatan adalah pada tarikh yang berikutan selepas pegawai terlibat dihadapkan ke Lembaga Perubatan atau pada tarikh yang berikut pegawai berkenaan diminta berhenti dari pekerjaannya. Sekiranya pegawai berkenaan layak untuk cuti rihat pada tarikh ia dihadapkan ke Lembaga Perubatan ataupun pada tarikh ia diminta berhenti dari pekerjaannya, persaraannya akan berkuatkuasa pada hari berikut dengan penghabisan segala cuti rihat.5.2
Sementara menunggu kelulusan persaraan, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan pegawai yang terlibat sebaik sahaja beliau dihadapkan ke Lembaga Perubatan atau pada tarikh Laporan Lembaga Perubatan diterima oleh Jabatan. Notis berhenti kerja hendaklah diberi oleh Jabatan hanya apabila Lembaga Perubatan telah mengesahkan penyakit akan berkekalan mengikut keadaan-keadaan tercatit di perenggan 4.1. Bagi mengelakkan dari masalah cuti yang mungkin akan timbul dalam tempoh selepas tarikh Lembaga Perubatan, pegawai yang terlibat selepas diberi notis tamat kerja hendaklah tidak dibayar gaji sehingga tarikh persaraan dapat ditetapkan oleh pihak berkuasa.5.3
Ditegaskan di sini dalam keadaan di mana pegawai terlibat telah ditamatkan kerja dan tidak dibayar gaji maka ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengemukakan segera perakuan untuk bersarakan pegawai terlibat kepada pihak berkuasa. Ketua Jabatan adalah diminta mempastikan salinan asal laporan Lembaga Perubatan teratur dan bersegera mengemukakan bersama kenyataan perkhidmatan yang kemaskini ke Jabatan Perkhidmatan Awam. Tindakan segera perlu untuk menjamin keputusan persaraan dapat dilakukan dengan cepat dan licin.mukasurat 2