LAMPIRAN "A"

SKIM PERKHIDMATAN
JURUTAIP
TARIKH KUATKUASA :    11hb Mac, 1980 KUMPULAN "D"

      Jawatan

       Tanggagaji

Tingkatan III

D15 :

$235 x 15-310 / Sekatan
                             Ujian Kederasan

Tingkatan II

$325 x 15-370

Tingkatan I

$395 x 25-495

Tingkatan Khas

D7 :

$495 x 25-595

1.

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun. Calon-calon daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap, termasuk mereka dalam percubaan hendaklah berumur tidak melebihi 50 tahun.

UMUR
2.

Calon-calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN
MASUK
(a)

(i)

Lulus Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, dan

(ii)

Lulus Ujian Menaip seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4 di bawah.

dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkenaan. PERMOHONAN
4. (a)   Calon-calon dikehendaki mengambil satu Ujian Menaip; UJIAN MASUK
(b)   Calon-calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan mendapat
        kelulusan taip-menaip dalam kedua-dua fasa:
(i) Sijil Kecekapan; dan
(ii) Sijil Ujian Laju pada Peringkat Pertengahan atau Peringkat Tertinggi,
        boleh dikecualikan daripada Ujian menaip yang disyaratkan itu.

(c)   Calon-calon yang lulus Ujian Menaip dengan mencapai kederasan yang disyaratkan
       di bawah ini adalah layak dilantik terus pada tingkatan mengikut kederasan yang
       dicapainya :

(i)

Tingkatan III

...

Kebolehan menaip dengan kederasan paling rendah 25 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 30 p.s.m. daripada naskah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak lebih daripada 4%.

(ii)

Tingkatan II

...

Kebolehan menaip dengan kederasan paling rendah 35 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 40 p.s.m. daripada naskah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak lebih daripada 4%.

 

mukasurat 3