KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 19791

PERLAKSANAAN PEPERIKSAAN AM KERAJAAN DI SABAH DAN SARAWAK

Peperiksaan Am Kerajaan diperkenalkan
           Selepas perlaksanaan semakan gaji di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet semua pegawai dalam Kumpulan A dan Kumpulan B di Semenanjung telah dikehendaki, mulai daripada 1-1-1978 selain daripada lulus Peperiksaan Jabatan mengikut Skim Perkhidmatan, jika ada, lulus Peperiksaan Am Kerajaan dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun untuk disahkan dalam jawatan, seperti yang diumumkan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 1977 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 1977 (Badan-badan berkanun/Kuasa-kuasa tempatan).
2. Peperiksaan Am Kerajaan adalah bertujuan:
(i) untuk memahami dan menyedari perkembangan dan pergolakan negara;dan
(ii) untuk mengujud dan memajukan suasana kefahaman dan perpaduan di kalangan pegawai-pegawai supaya dapat dengannya melicin dan mengukuhkan pergerakan jentera pentadbiran.

Penyatuan Perkhidmatan dilaksanakan di Negeri Sabah dan Sarawak bersama Semakan Gaji

3.         Semakan Gaji di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak mengambil tempat mulai 1-7-1978. Sehubungan dengan ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Peperiksaan Am Kerajaan di Negeri Sabah dan Sarawak untuk mensyaratkan pegawai-pegawai awam dalam Kumpulan A dan B dan pekerja-pekerja di badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan sebagai syarat yang perlu disempurnakan sebelum disahkan dalam Jawatan dari satu tarikh yang akan ditetapkan. Jabatan Perkhidmatan Awam akan membuat kajian-semula ke atas Sukatan Peperiksaan bagi Peperiksaan Am Kerajaan untuk diperbaiki supaya bukan sahaja lebih menepati lagi tujuan-tujuan asal yang hendak dicapai, tetapi lebih penting untuk merangkumi langkah-langkah bagi mencapai objektif-objektif penyatuan perkhidmatan sepenuhnya seperti yang diisytiharkan oleh Pekeliling Perkhidmaan Bil. 5 Tahun 1978.
Kuatkuasa Peperiksaan Am Kerajaan Ditetapkan
4.         Walau bagaimanapun, sebagai satu langkah untuk memudahkan Perlaksanaan Peperiksaan Am Kerajaan di Negeri Sabah dan Sarawak, adalah diputuskan bahawa pegawai-pegawai Kumpulan A dan B di Sabah dan Sarawak termasuk pekerja-pekerja di Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan hanya diwajibkan mengambil peperiksaan Kerajaan mulai 1-7-1981 sebelum disahkan dalam jawatan.

mukasurat 1