Pekeliling yang telah diedar oleh sesuatu Kementerian/Jabatan kepada jabatan-jabatan atau yunit-yunit Jabatan di bawah kawalannya.

Surat Pekeliling Tanpa Nombor dari Jabatan Perkhidmatan Awam

4.        Jabatan Perkhidmatan Awam juga mengeluarkan surat-surat tertentu (samada dalam bentuk surat biasa atau pekeliling tanpa nombor) khas kepada satu dua Jabatan sahaja yang kemudiannya diedarkan salinannya kepada beberapa yunit atau bahagian-bahagian dalam Jabatan itu untuk melaksanakan keputusan atau arahan-arahan yang terkandung didalamnya. Ada kemungkinan pemalsuan surat-surat seperti ini juga boleh berlaku. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, Jabatan/Kementerian adalah diminta supaya mengesahkan salinan yang sebenar terlebih dahulu sebelum mengedarkannya kepada cawangan-cawangan untuk tindakan selanjutnya.

5.        Ketua-ketua Kementerian dan Jabatan adalah diminta mengedarkan makluman ini kepada semua bahagian/yunit/cawangan di bawah kawalan masing-masing dengan secukupnya.

Saya yang menurut perintah,
 
ELYAS OMAR
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
                         Malaysia.
25hb. Januari, 1979
KETUA SETIAUSAHA NEGARA,
JABATAN PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR.

Ketua Setiausaha-ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.
Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.
s.k Pihak Pengurusan Badan badan Berkanun/Majlis Kuasa-kuasa tempatan.


mukasurat 2