dan kemudiannya memohon rnenarik balik perletakan jawatan tersebut.

4.      Mulai tarikh Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, cara perletakan jawatan di laksanakan adalah seperti berikut:-

(a) Dalam meluluskan permohonan perletakan jawatan yang diterima oleh Ketua-ketua Jabatan dan dipanjangkan ke jabatan ini, tarikh yang dipohon untuk melepaskan jawatan adalah dianggap sebagai tarikh perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa tidak kira samada kelulusan resmi telah diterima dari Jabatan ini atau belum. Pegawai-pegawai berkenaan tidak boleh terus berkhidmat selepas daripada tarikh tersebut;
(b) Bagi pegawai-pegawai yang mengemukakan permohonan menarik balik perletakan jawatan dan diterima oleh Jabatan ini sebelum tarikh perletakan jawatan berkuatkuasa, kelulusan untuk membatalkan perletakan jawatan tersebut bergantung kepada pertimbangan dan budibicara Jabatan ini. Jika sekiranya kelulusan tidak diberi hingga tarikh kuatkuasa perletakan jawatan, maka pegawai-pegawai tidaklah boleh terus berkhidmat selepas tarikh itu;
(c) Bagi pegawai-pegawai yang mengemukakan permohonan menarik balik perletakan jawatan yang diterima oleh Jabatan ini selepas tarikh perletakan jawatan berkuatkuasa, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan langsung. Jika pegawai yang berkenaan datang ke pejabat untuk bertugas, Ketua Jabatan tidak boleh menerimanya.

5.      Ketua-ketua Jabatan adalah diminta, supaya mengambil perhatian yang berat terhadap peraturan-peraturan meletakkan jawatan dan akibatnya seperti yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dan menyampaikannya kepada pengetahuan semua pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan masing-masing.

Sekian dimaklumkan.

Saya yang menurut perintah,

 

(MOHD. SALEH BIN YAHAYA)

Bahagian Perkhidmatan,

b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Malaysia.


Ketua Setiausaha Negara,

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian,

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

Salinan Kepada:

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
(Semenanjung Malaysia)

mukasurat 2