tusan itu tidak semestinya sama dengan apa yang mungkin diperakukan oleh Biro Siasatan Negara malah ia boleh jadi lebih berat lagi. Tetapi di mana hukuman itu adalah lebih ringan daripada yang sepatutnya, Ketua-ketua Jabatan yakni Lembaga Tatatertib, hendaklah memberi alasan yang cukup, sebelum mengenakan hukuman itu. Ini adalah penting oleh kerana hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan tidak menepati maksud asas mengambil tindakan tatatertib. Ketua-ketua Jabatan hendaklah sentiasa sedar bahawa tujuan asal memindahkan kuasa-kuasa tatatertib daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada Lembaga-lembaga Tatatertib Jabatan dalam tahun 1967, di samping hendak mempercepatkan urusan tatatertib, adalah untuk melengkapkan Ketua-ketua Jabatan dengan kuasa-kuasa tatatertib yang sewajarnya bagi menjamin darjah disiplin yang tinggi di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan. Oleh itu jika sekiranya Ketua-ketua Jabatan ada menghadapi kesulitan dalam menguruskan tindakan tatatertib, mereka adalah dinasihatkan supaya berutus surat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (Cawangan Naik Pangkat dan Tatatertib) untuk mendapat nasihat-nasihat yang sewajar-nya.

 

Saya yang menurut perintah,

 

(WAN AWANG BIN WAN YAACOB)
Bahagian Perkhidmatan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

Semua Ketua Setiausaha-ketua setiausaha Kementerian.

Semua Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

Semua Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.


mukasurat 2