JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,

MALAYSIA,

TINGKAT 9-14, BANGUNAN U.M.B.C.,

JALAN SULAIMAN,

KUALA LUMPUR.


28hb. November, 1975.

(Cawangan Naik Pangkat dan Tatatertib)

Tuan,

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 17 TAHUN 1975

Lapuran Penyiasatan Biro Siasatan Negara

         Adalah saya diarah menarik perhatian tuan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 1967 yang dikeluarkan dalam siri ini bertarikh 3hb. Oktober, 1967 mengenai perkara yang tersebut diatas, sepertimana salinannya ada dikembarkan bersama-sama ini.

2.    Sebagaimana yang sudah diketahui bahawa Surat Pekeliling tersebut adalah dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan Ketua-Ketua Jabatan dan Kementerian akan tanggungjawab mereka dalam menjaga kelakuan dan tatatertib kakitangan mereka dengan lebih berkesan dan sempurna. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk mengujudkan satu perkhidmatan awam yang suci dan berdedikasi dan dalam usaha ke arah ini Kerajaan telah mempergiatkan langkah-langkah bagi mencegah amalan-amalan yang bercorak rasuah. Tetapi semua usaha-usaha Kerajaan ini akan menjadi gagal sekiranya kerjasama Ketua-Ketua Jabatan tidak diperolehi bagi menyegerakan tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang bersalah itu.

3.     Di masa-masa kebelakangan sering terdapat kisah-kisah di mana Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam hal-hal tatatertib telah tidak memberi perhatian berat, malah tidak mengambil tindakan langsung ke atas lapuran-lapuran penyiasatan yang dibuat oleh Biro Siasatan Negara yang meliputi berbagai bentuk perlanggaran tatatertib oleh kakitangan Kerajaan seperti rasuah, kesusahan berat kerana berhutang, penglibatan secara aktif dalam urusan-urusan perniagaan dan lain-lain salah laku. Sikap demikian adalah sangat-sangat dikesalkan oleh kerana ianya bukan sahaja membantut usaha Kerajaan untuk melicinkan lagi perjalanan pentadbiran sesuai dengan kehendak-kehendak pembangunan negara tetapi juga menjejaskan semangat dedikasi pegawai-pegawai yang lain yang suci daripada semua amalan yang buruk itu. Dari itu Ketua-ketua Jabatan adalah dengan ini diseru supaya memberi perhatian yang berat kepada lapuran Biro Siasatan Negara yang mengemukakan kes-kes perlanggaran tatatertib oleh kakitangan-kakitangan di bawah mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah membawa kes yang dilapurkan itu kepada Lembaga Tatatertib yang berkenaan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh lapuran yang diterima. Keputusan daripada tindakan itu hendaklah diberitahu kepada Biro Siasatan Negara dengan secepat mungkin.

4.     Ketua-ketua Jabatan perlulah ingat bahawa dalam mana-mana kes tatatertib unsur-unsur yang terpenting bagi mencapai keputusan yang berkesan ialah menguruskannya dengan segera dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Kepu-


mukasurat 1