(iv)

Georget :

Georget berupa baldu hitam bertekat benang emas. Sekeliling tepi georget bertekat benang emas bunga padi. Di tengah-tengah georget bertekat benang emas bunga raya yang hampir kembang. Georget dipakai di kolar jaket yang berkepok, kiri dan kanan. (Harga georget $50.00 sepasang).

(v) Songkok :

Songkok baldu hitam, berjalur benang emas, lebarnya 9/16 inci. Cap badge Lambang Malaysia bercelop emas disematkan atas daripada jalur benang emas di sebelah kiri songkok itu. (Harga mencelop Cap badge $4.00)

(vi) Kasut :
Kasut hitam berkilat dan bertali.
(b)

Pakaian Waktu Malam:

Pakaian Malam ini terdiri dari baju dan Monkey Jacket putih, seluar hitam, bow hitam apolet, bengkong, sarongkaki dan kasut hitam bertali.

(i)

Jaket :

Monkey Jacket bewarna putih dengan tiga biji butang tembaga kecil di hujung lengannya dan Lambang Malaysia di kelepak (lapel) Monkey Jacket itu di sebelah kiri dan kanan.

(ii) Seluar :
Seluar hitam dengan jalur hitam berkilat di bahagian tepinya.
(iii) Apolet :
Apolet dipakai diatas bahu kiri dan kanan Monkey Jacket.
(vi) Georget :
Georget tidak dipakai.
(v) Songkok :
Songkok tidak dipakai.
(vi) Benkong :
Bengkong daripada kain sutera berwarna hitam.
(vii) Kasut :
Kasut hitam berkilat dan bertali.
(viii) Kemeja :
Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan dan bow hitam.

mukasurat 2