JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA,
TINGKAT 9-14, BANGUNAN U.M.B.C.,
JALAN SULAIMAN,
KUALA LUMPUR

18hb. Jun, 1975.

 

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 1975

Pindaan Kepada SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1
TAHUN 1974 mengenai Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa
Menghadiri Upacara-Upacara Resmi Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan

             Saya suka menarik perhatian tuan kepada perenggan 3 (II) (a) serta Lampiran 'B' kepada Surat Pekeliling tersebut mengenai pakaian-pakaian semasa menghadiri upacara resmi bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas.

2           Dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat sedikit pindaan kepada bentuk pakaian seragam bagi Pegawai-Pegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan ini, JPA. SULIT. 2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb. Jun, 1970 (Lampiran 'B' kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan 1/74). Pindaan yang dibuat ini adalah dengan tujuan untuk mengelokkan lagi bentuk pakaian yang sedia ada sekarang. Bentuk pakaian yang telah dipinda itu adalah seperti berikut:-

Pakaian Resmi Untuk Pegawai-Pegawai Pentadbir dan
Diplomatik dan Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas
:

(a) Pakaian Waktu Siang :

Pakaian Siang ini ialah Jaket bewarna putih, seluar hitam, Apolet, Georget dan songkok, sarung kaki dan kasut hitam bertali.

(i)

Jaket :

Jaket puteh 'English Terrylene worsted of white' dengan kolar yang berkepok, lima biji butang tembaga besar dibahagian depan dan tiga biji butang kecil di tiap-tiap hujung lengan bahu itu serta satu butang kecil di tiap-tiap poket kecilnya

(ii)

Seluar :

Seluar hitam 'English Terrylene worsted black' dengan jalur hitam berkilat di bahagian tepinya, lebar 3/4 inci.

(iii)

Apolet :

Apolet berupa baldu hitam bertekat dengan benang emas, sekeliling tepi apolet itu bertekat benang emas bunga padi, di tengah-tengah apolet bertekat benang emas Lambang Malaysia dan daun bunga raya. (Harga apolet $75.00 sepasang)


mukasurat 1