14.4.

PPPBS Gred DG6 dengan kelulusan SPM/STPM serta Sijil Asas Perguruan yang telah berkhidmat genap tiga (3) tahun pada 1 Julai 1999 dan berada sekurang-kurangnya di atas matagaji T4 serta matagaji mereka belum mencapai RM917 hendaklah diselaraskan ke mata gaji DPM (RM917). Tempoh berkhidmat selama 3 tahun yang boleh dimasukira hendaklah dalam perkhidmatan tetap, tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji; 

14.5.

PPPBS Gred DG6 yang pada 1 Julai 1999 berada di antara mata gaji P1T4 (RM754), P2T4 (RM796), P3T4 (RM849) hingga P1T7 (RM874), P2T7 (RM931), P3T7 (RM990) Gred DG6 diselaraskan ke mata gaji dalam gred gaji baru DGA6 mengikut peringkat mata gaji yang berkenaan mulai 1 Julai 1999 seperti di Lampiran E, Lampiran F dan Lampiran G.

14.6.

PPPBS Gred DG6 yang berada di atas mata gaji DPM (RM917) atau di atas mata gaji yang lebih tinggi seperti P1T8 (RM917), P2T8 (RM976), P3T8 (RM1037) hingga P1T28 (RM1865), P2T28 (RM1991), P3T28 (RM2121) Gred DG6 pada 1 Julai 1999 diselaraskan ke mata gaji dalam gred gaji baru DGA6 mengikut peringkat gaji masing-masing ke satu mata gaji tinggi berhampiran. Sifir pelarasan gaji adalah seperti di Lampiran H, Lampiran I dan Lampiran J;

14.7.

PPPBS Gred DG6 yang berada di matagaji maksimum pada tarikh kuatkuasa skim perkhidmatan PPPLD akan dipindahkan ke matagaji KUP. PPPBS Gred DG6 yang berada di mata gaji maksimum P1, P2 atau P3 pada 1 Julai 1999 sifir pelarasan gaji mereka adalah seperti di Lampiran K.Sifir pelarasan gaji ini hanya khas untuk penyandang yang berada di mata gaji maksimum semasa pelaksanaan skim PPPLD ini sahaja. Sifir pelarasan gaji ini tidak boleh digunakan bagi maksud pemberian pergerakan gaji mengikut prestasi;


mukasurat 5